<link>http://prokemm.fotopages.com/</link>
<width>40</width>
<height>60</height>
<description><![CDATA[Nota kaki:
Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan pada hari ini. Segalanya berjalan lancar dan mudah buat kami menunaikan amanah yang diberi oleh rakan-rakan yang tak dapat turut serta hari ini.
Sekitar pukul 6 petang lebih perjalanan kami berhenti di Masjid Kuala Ketil. Setelah selesai solat asar berjemaah, masing-masing meneruskan perjalanan. Ada yang pergi makan kedai berhampiran dan ada juga yang bertolak pulang sambil membawa pengalaman dan memori pengembaraan hari ini.
Semuanya sekali 9 buah rumah dikunjungi termasuk 2 buah rumah yang berada dalam senarai KIV program hari ni. Selain tu, WK & rakan-rakan lain turut berikan sumbangan kepada 12 buah keluarga di Kampung Tiak.
 :hopeless:  :hopeless:  :hopeless: 
Semoga usaha kecil kita ini akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh penerima sumbangan. Dan, semoga usaha kita ini diterima Allah sebagai satu ibadah buat bekalan di akhirat kelak.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan terlibat secara langsung atau tak langsung. Semoga kita bertemu lagi dalam projek-projek lain di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Website rasmi ProKeMM:
http://prokemm.fotopages.com
Website kawan-kawan:
http://www.moniermatdin.blogspot.com [Abg Monier - WK]
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com [Abg Lukman - UUM]
:hopeless: Terima kasih kpd yg sudi mengunjungi web ini serta menulis comment kat bawah tu. Semoga Allah berikan kita kekuatan utk terus beramal bakti di dunia yg fana ini.]]></description>
<description><![CDATA[Rumah #09
Penghuni: Sepasang suami isteri & 2 orang anak
Lokasi: Bukit Pak Kunin, Kuala Ketil
Rumah ini kami kunjungi setelah diberitahu oleh rakan di kampung tersebut. Dengan bantuannya kami menuju ke rumah tersebut tatkala matahari semakin menyembunyikan dirinya. Tiada sebarang kata-kata lagi yang dapat nak ditulis di sini bila memikirkan bahawa di kala negara kita bermegah dengan menghantar angkasawan ke ISS, rupanya kat ceruk kampung masih ada insan yang sebegini daif.
Petikan dari email WK:
"Pun begitu, ada sebuah rumah yg tidak termasuk dlm senarai dan tidak sempat diambil gambar rasanya sebab semua dah keletihan; kami tiba ke rumah tu dah hampir senja. Tak sangka kami dok ingatkan Pak Mat dah teruk sangat dah, rupa-rupanya rumah tu lagi teruk; kalau malam, jika ada burung hantu, kelawar dan unggas malam, dia pakai terbang direct terus boleh hinggap ke atas tuan rumah tengah dok tidor, satu dinding tu terus terbuka mengadap alam maya. Pak Mat okey lagi sebab dia solo; yg tuan rumah ni pulak, suami isteri tinggal di rumah kayu mcm tu tanpa electric dengan dua org anak hidup dalam suasana daif sebegitu.”
 :hopeless: Sememangnya masih ramai lagi golongan yg memerlukan yg hidup di sekeliling kita. Biasanya, kita tidak tahu mengenai mereka kecuali kalau kita sendiri yg keluar mencari mereka.]]></description>
<description><![CDATA[Rumah #08
Penghuni: Pak Mat
Lokasi: Bukit Pak Kunin, Kuala Ketil
Rumah ni terletak agak jauh sedikit, iaitu nun di kaki bukit, dan perlu berjalan kaki melintasi titi-titi kayu dan beberapa parit kecil serta berjalan melintasi batas sawah padi.
Laluan yang kami gunakan ini juga merupakan laluan sama digunakan Pak Mat tiap hari untuk ke kedai membeli ikan dan barang keperluannya.
Tinggal seorang di rumah lama... bumbung yang bocor, dinding yang dah lama reput dan terkopak, lantai yang sudah berlubang-lubang, tiang rumah yang menanti masa rebah ke bumi.
Tanpa bekalan air paip ataupun elektrik. Dibasahi hujan. Dilawati oleh anjing-anjing liar dan babi hutan tiap malam. Apa yang mampu dilakukan pada kudrat seorang tua ini hanyalah dengan membaling ketulan batu kecil dan mengetuk tin kosong bagi menghalau haiwan tersebut.
:hopeless: Di kala kita terasa hidup kita teramat perit dan susah, rupa-rupanya kesusahan yg kita alami tidaklah sehebat mana berbanding mereka yg meneruskan hidup dgn hanya sesuap nasi sehari.]]></description>
<description><![CDATA[Rumah #07
Penghuni: Pak Ngah Johari (60-an) dan isteri (40-an)
Lokasi: Bukit Pak Kunin, Kuala Ketil
Pak Ngah Johari adalah seorang insan pekak yang tinggal menumpang bersama isterinya di sebuah bangsal pekerja kilang papan. Bangsal ini adalah atas ehsan pemilik kilang papan tersebut yang prihatin dengan nasib hidup kedua-dua mereka. Sekurang-kurangnya dapatlah mereka berlindung dari panas & hujan walaupun tanpa bekalan air paip mahupun elektrik.
<description><![CDATA[Rumah #06
Penghuni: Pn Siah & 6 orang anak
Lokasi: Bukit Pak Kunin, Kuala Ketil
Puan Siah adalah seorang ibu tunggal. Anak-anaknya masih lagi bersekolah. Rumah ini pernah dikunjungi oleh WK pada suatu ketika dulu di bulan puasa 2007.
Bila terlihat pada dinding dapur rumahnya yang tak bersimen dan hanya berbumbungkan zink, terdetik dalam hati bila dok teringat yang kita ni dok berlumba-lumba renovate rumah, nak bagi rumah cantik dan bertambah cantik, sedangkan ada insan di sekiling kita yang hanya mampu berdindingkan bata tanpa dinding simen tanpa cat.]]></description>
<description><![CDATA[Masjid Kampung Tiak, Kupang, Baling
Menjelang sekitar jam 12:30 tengah hari, nun jauh di sana sudah kelihatan Masjid Kampung Tiak, Kupang, Baling.
Di sini lah lokasi bagi aktiviti seterusnya untuk WK melakukan penyerahan sumbangan barang-barang makanan, minuman serta pakaian kepada 12 orang penama fakir miskin di kampung ini.
Mengikut plan awal penyerahan adalah untuk 10 penama sahaja. Tetapi, apabila masing-masing mengumpulkan barang sumbangan yang bertimbun-timbun, maka, tambahan 2 penama lagi turut beroleh rezeki mereka.
Sumbangan: Beras 10kg x 4 beg, beras 5kg x 3 beg, gula, tepung, sardin, susu tin, biskut, minyak masak dan macam-macam lagi. Barang yang sebegini banyak diharapkan agar dapat menampung keperluan hidup mereka buat sementara waktu.
Masjid ini turut menjadi lokasi kami berehat seketika melepaskan lelah sambil menjamah hidangan tengah hari yang ditaja oleh WK (terima kasih atas sumbangan makan/minum ni).
Selepas solat Zohor, acara sumbangan diadakan dengan kerjasama Pengerusi & AJK Kariah Masjid. Oleh kerana ada beberapa keluarga tidak dapat datang kerana tiada kenderaan, maka, kami mengambil keputusan untuk menghantar ke rumah mereka. Akan tetapi, disebabkan kesukaran untuk ke lokasi serta faktor kesuntukan masa, maka, barang-barang sumbangan telah diamanahkan kepad AJK kariah masjid untuk disampaikan kepada penama berkenaan.]]></description>
<description><![CDATA[Rumah #05
Penghuni: En Zul, isteri & 6 orang anak
[Anak-anak: 10 (P), 9 (L), 8 (P), 5 (L) 1½ (L), baby berusia 3 minggu]
Lokasi: Bakai
Rumah keluarga ini terletak di atas tanah pusaka keluarga. Dari segi binaan, sememangnya rumah ini cukup indah dahulunya dengan rekabentuk dan ukiran kayu pertukangan Melayu.
Tetapi, binaan luaran dan dalaman rumah ini semakin dimamah usia. Apakah daya keluarga ini, tiada kemampuan untuk membaikinya kerana pendapatan yang ada sekadar mencukupi untuk makan minum sekeluarga.
En Zul mempunyai masalah pada matanya di mana semakin hari penglihatannya semakin kabur. Kerjanya sebagai tukang rumah pastinya tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatan matanya. Entah apa yang akan terjadi kepada keluarga ini andainya si ayah yang tiap hari bekerja mencari sesuap nasi sudah tidak mampu melihat lagi nanti.
<description><![CDATA[Rumah #04
Penghuni: Encik Mutalib, isteri & 11 orang anak
Lokasi: Bakai
Rumah kampung berdindingkan batu, papan & anyaman buluh.
Ketika kunjungan beliau tidak ada di rumah kerana keluar bekerja. Daripada pemerhatian kami, beliau nampaknya bersemangat untuk menyara kehidupan keluarganya dengan membela belut dan ikan keli di dalam perigi di belakang rumah.
Pelajaran anak-anak amat diutamakan. Buat masa sekarang, masih ada 7 orang anaknya yang bersekolah dan 3 lagi masih kecil (7 bulan, 3 & 4 tahun). Anak sulungnya (23 tahun) baru sahaja menamatkan pengajian di Maahad Dehrang.
<description><![CDATA[Rumah #03
Penghuni: Encik Saad & keluarga
Lokasi: Kampung Jubai Bawah
Lokasi rumah terletak di pinggiran kampung, melalui jalan tanpa mini tar. Kisah Abg Saad sekeluarga ini pernah disiarkan dalam program Bersamamu (TV3) yang turut disertai oleh rakan-rakan WK.
Hari ini kami sempat bertemu dengan Abg Saad & isterinya sambil bertanya khabar keadaan keluarga sekarang. Alhamdulillah, lantai rumahnya yang dahulunya beralaskan tanah tapi kini sudah bersimen. Di luar rumah juga telah dibina kemudahan tandas & bilir air berserta kemudahan paip air.
Ketika kunjungan, anak sulungnya (perempuan) pergi bekerja memetik cili di kebun orang berdekatan rumah mereka. Walaupun hidup dalam keadaan susah, anaknya ini bijak dalam pelajaran serta aktif dalam sukan. Upah memetik cili RM3 sehari yang diterima semuanya diberikan kepada ibunya buat belanja dapur.]]></description>
<description><![CDATA[Rumah #02
Penghuni: Firdaus (22), Fatahiyah (24-ibu tunggal tak bekerja), Shafik (20), Shafikah (17), Najwa (15), Kafidah (12), Noradilah (10) & Farah (3 tahun, anak Fatahiyah).
Lokasi: Karangan
Rumah berdindingkan bata tanpa simen mahupun cat ini didiami oleh 7 beradik yatim piatu dan seorang anak kecil. Dalam tempoh tak sampai pun 12 bulan sebelum kunjungan WK, kedua-dua ayah dan bonda mereka telah pergi menemui Ilahi.
Tanggungan keluarga ini ditanggung oleh adik Firdaus, 22 tahun. Pada usia sebegini muda sudah berat sekali tanggungjawab yang perlu dipikulnya sedangkan pendapatan bulanan tidaklah seberapa sangat.
Menurut sumber, Farah, 3 tahun, disahkan mengalami masalah jantung. Dengan pendapatan mereka sekeluarga yang tak seberapa, apakan daya mereka mahu menanggung perbelanjaan perubatan ataupun kos pembedahan (andainya perlu dilakukan).